1. VISI SEKOLAH
Kearah Melahirkan Insan Cemerlang Akademik Dan Cemerlang Agama Agar Mencapai Kebahagiaan Dunia Dan Akhirat.
2. MISI SEKOLAH
Berusaha untuk mendidik pelajar
agar mencapai keputusan 100% dan meningkatkan tahap pelajaran dan
pembelajaran untuk mencapai kecemerlangan dalm SPM, PMR, I'dadi dan
Thanawi.
3.MOTO SEKOLAH
"BERILMU BERAMAL BERTAQWA"
4.OBJEKTIF
* Pengurusan dan kepimpinan yang cekap, berkesan, telus dan tulus
* Akademik yang berasaskan pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti bagi mencapai keputusan peperiksaan awam yang terbilang
* Azhari yang berasaskan ilmu dan sahsiah yang bersandarkan kepada Agama Islam bagi mencapi keputusan peperiksaan Azhariah yang cemerlang disamping melahirkan insan yang seimbang dari segi JERIS
* Sukan yang berasaskan pendekatan saintifik dan inovatif
* Kokurikulum yang berasaskan pembinaan generasi bersahsiah terpuji, bestari, jati diri dan integrasi.
5.COGAN KATA
* Akademik yang berasaskan pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti bagi mencapai keputusan peperiksaan awam yang terbilang
* Azhari yang berasaskan ilmu dan sahsiah yang bersandarkan kepada Agama Islam bagi mencapi keputusan peperiksaan Azhariah yang cemerlang disamping melahirkan insan yang seimbang dari segi JERIS
* Sukan yang berasaskan pendekatan saintifik dan inovatif
* Kokurikulum yang berasaskan pembinaan generasi bersahsiah terpuji, bestari, jati diri dan integrasi.
5.COGAN KATA
KOMUNITI BERILMU SMAS TERBILANG
Komuniti Berilmu - Manusia sebagai hamba Allah berfungsi sebagai pemimpin dengan tugas yang dinyatakan memerlukan penguasaan ilmu, iaitu Ilmu Dunia dan Ilmu Akhirat. Pendidikan sekolah diharapkan mencapai keseimbangan di antara kedua-duanya dan boleh berfungsi mencapai matlamat di atas.
Sekolah Terbilang - Menjadi sekolah terbilang dalam bentuk Akademik, azhariah, kepimpinan, sahsiah, sukan dan kokurikulum.
6.PERLAMBANGAN
Asas rekacipta lencana ini berteraskan kepa moto BERILMU, BERAMAL DAN BERTAQWA
Konsep BERILMU digambarkan dengan infografik MATA PENA. Ini membaea maksud bahawa bersedia untuk menyebarkan ilmunya.
Konsep BERAMAL digambarkan dengan infografik KUBAH MASJID yang menjadi lambang kepada umat Islam menunaikan ibadah, menuntut dan menyampaikan Ilmu serta bermusyawarah.
Konsep BERTAQWA digambarkan dengan infografik BULAN MENGAMBANG yang melambangkan kebesaran dan ketinggian kudrat dan iradat Allah, yang mana segala ilmu yang dipelajari adalah untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah.
Pada keseluruhannya reka bentuk lencana ini menggambarkan ASPIRASI yang hendak dicapai oleh semua pihak yang terlibat dalam mengendalikan projek pembangunan sekolah.
Warna HIJAU melambnagkan alam ciptaan Allah yang maha luas, di dalamnya terdapat lautan ilmu yang perlu diteroka, dipelajari, diamal dan dismpaikan kepada generasi ke generasi.
Warna KUNING melambangkan penuh kesetiaan. Setia kepada Raja, Negra, Sekolah dan Masyarakat amnya. Bersifat tenang dan bersedia menempuh cabaran dalam kehidupan seharian. Berdisiplin dalam melakukan semua perkara.
Warna PUTIH melambangkan kesucian hati para warga SMAS dalam mendidik dan menyebarkan Iilmu, saling faham memahami, hormat menghormati dan kasih mengasihi antara satu sama lain. Ringan sama dijinjing, Berat sama dipikul.
7.FOKUS 2012
* Memantapkan pelaksanaan Program Sahsiah Mahmudah
* Memantapkan pelaksanaan Program Akademik
* Memantapkan pelaksanaan Program Kokurikulum
* Asrama Cemerlang
* Program 3K
* Pelaksanaa MBMMBI
* Memperkasakan Iklim Dini
* Memantapkan penggunaan ICT dalam P&P.
* Memperkasakan Kebitaraan SMAS
* Menjadikan SMAS antara 3 yang terbaik dalam kalangan SABK di daerah LMS.
* Menjadikan SMAS antara 5 yang terbaik dalam kalangan SABK di Perak.
8.BUDAYA KERJA
* Kerja sebagai Ibadah
* Budaya Kerja Cemerlang
* Profesional
* Telus
* Keterlibatan Menyeluruh
9. KAEDAH PENGURUSAN
* Pengurusan melalui mesyuarat
* Pengurusan melalui kursus
* Pengurusan melalui lawatan
* Pengurusan melalui surat
* Pengurusan melalui dokumen
No comments:
Post a Comment